Senin, 25 Februari 2013

Novel 3 Kata Hati







Novel '3 KATA HATI'

Izinkan saya berkongsi sedikit petikan daripada novel terbaru saya, '3 KATA HATI' yang akan muncul bulan Mei ini, insyaAllah. Ia menjanjikan sesuatu yang berbeza dan saya yakin, 'menghiburkan'.

SINOPSIS
Rindu - Mr Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayani kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki itu mula mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih - Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada saja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta - Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuat dia penasaran atau Mr Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar